Jumaat, 14 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
SEMUA ANAK NEGERI DIPERJUANGKAN
Sabah. Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) akan memperjuangkan seluruh kepentingan anak anak negeri jika rakyat Sabah memberi kemenangan parti tersebut dalam pilihan raya ke 14 akan  datang, malah perjuangan parti kerjasama anak negeri sabah memperjuangkan 5 perkara yang tertera di Batu Sumpah Keningau diperbuat 1963 sejajar Malaysia mempertahankan 5 Rukun Negara sejak sekian lama mengapa pula anak negeri Sabah bagai terbiar.
Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah akan terus mengadakan jelajah menerangkan misi dan visi perjuangan mereka keatas anak anak negeri Sabah yang lahir dibumi Sabah agar mampu memelihara semua hak dan kepentingan orang Sabah yang bagai terbiar sejak puluhan tahun lalu dengan komited berani dan sepakat seluruh anak anak negeri Sabah berbilang kaum penuh kebebasan beragama, hanya dengan penuh kesedaran dan penuh sepakat dalam satu landasan parti anak negeri Sabah pasti mampu mencapai kejayaan demi menentukan perjuangan tampuk kerajaan bagi menguasai Dewan Undangan Negeri Sabah bagi PAN selepas pilihanraya ke 14 bergantung kesungguhan anak negeri Sabah menerajui kerajaan negeri mereka.
Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah (PAN) Datuk Henrynus Amin berkata demikian dalam sidang media pertama parti tersebut di Dewan salah sebuah hotel terkemuka sekitar bandaraya Kota Kinabalu pada 14 Julai 2017 disaksikan sebahagian pemimpin tertinggi dan penyokong parti tersebut, semangat para pemimpin tertinggi PAN cukup teguh diketuai seorang tokoh politik berpengalaman disamping ketelusan menerusi perjuangan membela seluruh rakyat anak anak negeri Sabah berbilang kaum dan agama namun masih mampu duduk semeja bermaufakat memelihara kemajuan dan keselamatan negeri kita ujarnya.

SETINGGI TINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH ATAS KEHADIRAN PEMIMPIN PEMIMPIN TERTINGGI SERTA PARA PENYOKONG PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH BERSAMA SELURUH MEDIA DALAM SIDANG AKBAR DISEBUAH HOTEL TERKEMUKA DEKAT BANDARAYA KOTA KINABALU.  SEMOGA PERJUMPAAN KITA SEMUA MAMPU MEMPERKASA PERPADUAN SERTA MENYEMARAK SEMANGAT PERJUANGAN YANG BERTERASKAN 5 PERKARA UNTUK MASYARAKAT ANAK NEGERI SABAH SERTA SEGALA APA YANG DIPERJUANGKAN MENDAPAT SOKONGAN SERTA DOA DARI SELURUH MASYARAKAT ANAK NEGERI SABAH. DARIPADA, DATUK HENRYNUS @ RINUS AMIN PRESIDEN PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH.

Berita Lanjut Ikuti Keluaran Kedua Media Terkini Malaysia di media-terkini-sabah.blogspot.com tiap hari.
KAMI MENGALU ALUKAN PENYUMBANG PELBAGAI IKLAN DEMI KEPENTINGAN KEWANGAN KAMI. EDITOR BORNEO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan