Khamis, 6 Julai 2017

Oleh. Bujie Tukarang
KEMESRAAN WARGA PEDALAMAN KENINGAU DIBULAN SYAWAL UMPAMA SEKELUARGA

Sabah. Syawal 2017 mempamerkan keutuhan perpaduan kekeluargaan walau berbilang bangsa dan agama dimana sukar dicontohi oleh beberapa daerah lain dalam negeri ini terutama berbilang bangsa dan agama pasti berlaku muka kurang cahaya berbanding warga Keningau tahun ini, antara keakraban kekeluargaan luar biasa termasuklah Kg. Merampong, Kg. Beriawa Ulu dan Kg. Beriawa Tengah dimana amat jelas layanan warga setempat luar biasa berbanding daerah lain dalam negeri ini walaupun sebangsa mereka sendiri sukar memupuk kekeluargaan yang jitu. Selain dari keakraban kekeluargaan masyarakat setempat juga lebih mengutamakan tetamu yang hadir dari watak keperibadian yang baik khususnya kesopanan yang lahir dari jiwa murni dan menghormati masyarakat sekeliling, tidak hairan lah jika kehadiran kru media terkini selama 4 hari sekitar Keningau tak menang tangan menyambut salam tetamu yang dikunjungi tanpa mengira bangsa dan agama yang ditemui semuanya mesra bagai mengenali bertahun lamanya.
Warga pendalaman juga lebih memahami hati dan perasaan setiap pelawat yang mengunjungi perkampungan mereka walaupun majoriti berpakaian sedarhana dan ada yang bagaikan menganggap pelawat itu sebahagian dari keluarga mereka walaupun sekadar 3 atau 4 hari menumpang dirumah mereka, jauh berbeza dengan sebilangan wargakota yang berpakaian bagai orang warak siap bersongkok dan bertudung namun sebilangan dari mereka langsung tidak menghormati jiran tetangga walaupun menumpang dipondok jiran yang mereka musuhi tanpa rasa bersalah dan mohon kemaafan penuh iklas.
Sepanjang Syawal tahun 2017 ini banyak sejarah berlaku tanpa disedari wargakota jauh berbeza dengan penduduk sekitar mukim Keningau yang ditemui tak sampai seminggu pun namun penduduknya ramah dan penyayang luar biasa umpama keluarga terpisah puluhan tahun lamanya, sikap ramah dan menghormati tetamu yang mengunjungi beberapa perkampungan mukim Keningau wajar dicontohi masyarakat wargakota khususnya Parlimen Sepanggar seperti Mukim Inanam, Mukim Menggatal dan Mukim Telipok agar bersatu dan bermaafan dengan jiran tetangga cara jujur dan iklas supaya hidup aman dan harmoni.
Pendedahan seumpama sekadar renungan serta pengajaran semua pihak agar lebih menginsafi diri dalam mendepani sahabat handai yang berkunjung kerumah individu setiap kali menganjurkan pelbagai perayaan, sikap bongkak dan sombong terhadap orang yang tidak bersalah wajar dibuang agar dibuang dan bagi orang orang yang suka cari musuh tidak harus dilindungi atau dibela didepan para pegawai kerajaan demi menghindari pemanjaan dimasa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan