Ahad, 9 Julai 2017


Oleh. Wiliem Anak Lagau
RUMAH TERBUKA RAYA MENYATUKAN KEKELUARGAAN
Keningau. Rumah terbuka aidilfitri 2017 di Kg. Beriawa Tengah membawa pertemuan keluarga yang bertahun tidak pernah berjumpa termasuklah dari luar daerah Keningau penuh kesedihan dan kemesraan walaupun ianya anjuran persendirian keluarga asal Tambunan, malah penganjuran tersebut juga memberi peluang para pengunjung berkenalan dengan tulang belakang Akbar Media Terkini Cawangan Borneo yang sangkaan mereka akbar tersebut dikuasai oleh warga Malaya selama ini tanpa dikenali.
Penganjur rumah terbuka raya terlibat memperkenalkan tulang belakang media terkini di Sabah amnya Borneo merupakan anak buah beliau sendiri yang berpengalaman dalam akbar hampir 20 tahun dengan semangat berdikari sendiri mengurus tabdir akbar tersebut di Sabah, malah segala sumber kewangan dicari oleh pengurusan dan pentabdiran akbar tersebut bagi kawasan Sabah berbanding akbar lain yang memiliki pelabur dari pelbagai pihak swasta mahupun agensi kerajaan bagi memperkasa perniagaan akbar mereka dengan cukup kukuh kewangan mereka walaupun tidak ada penyumbang iklan beberapa tahun masih mampu meneruskan keluaran akbar mereka berbanding dengan akbar kerdil cukup perit mendepani nya.   Dalam majlis rumah terbuka raya aidilfitri pada hari raya ke 3 tahun 2017 lalu tulang belakang media terkini Sabah sempat bersalaman dengan Setiausaha Perhubungan Ahli Parlimen Pensiangan Tan Sri Datuk Joseph Kurup iaitu En. Rayner Francis Udong dengan penuh keramahan disamping para pengunjung dari luar daerah Keningau cukup ramah dan mesra walaupun baru mereka kenali, dalam konteks ini kunjungan media terkini ke kawasan keningau cukup memberi impak besar dalam aspek promosi sebagai pengenalan bagi seluruh  kawasan pendalaman agar mengenali kerabat keluarga mereka juga mampu mengendalikan perniagaan Akbar bersaing dengan akbar tempatan Sabah yang diurusniagakan oleh tokoh tokoh yang sudah berjaya kebanyakan kaum Tionghua berbanding anak jati keturunan moyang asal Kg. Kumawanan Tambunan yang berhijrah merantau luar negeri Sabah.
Menurut Pengurusi Penganjur Hari Raya Aidilfitri  Kg. Beriawa Tengah En. Ruslan Jariman, matlamat menganjurkan rumah terbuka seumpama adalah menghimpunkan keluarga, saudara mara mahupun sahabat handai jauh dan dekat khusuanya ketutunan dari mukim Kumawanan serta berhampiran dalam daerah Tambunan serta Daerah Keningau mahupun dimana juga berada asalkan memiliki pertalian kekeluargaan, namun tahun 2017 ini mampu mempertemukan dengan anak buah En. Arman Karim dan keluarga beliau yang hanya mendengar kabar peneraju akbar bertaraf nasional menerusi saudara mara yang sering membaca akbar namun raya tahun ini bagai satu rahmat bertemu bagai anak dengan bapa sehingga 4 hari memuaskan kerinduan orang tua jelas beliau.
Majlis Rumah Terbuka Raya Ruslan Jariman pak cik kepada tulang belakang media-terkini-sabah.blogspot.com disambut penuh meriah dari jam 11.00 pagi hari raya ketiga sehingga jam 1.00 awal pagi hari raya ke 4 dengan juadah makanan berlebihan mujur lah banyak jiran tetangga yang menghabiskan nya, semasa kru media terkini meninggalkan rumah kediaman penganjur rumah terbuka raya aidilfitri 2017 jelas terpancar kesedihan diwajah keluarga En. Ruslan Jariman dimana anak buahnya selama ini jarang sekali bertemu apa tak lagi bermalam dirumah keluarga beliau dalam jangkamasa lama namun kuasa Allah mempertemukan keluarga mereka mengubati kerinduan bersama seluruh tetamu yang hadir sepanjang acara tersebut.
Turut serta mengunjungi acara tersebut adalah penduduk Beriawa Ulu serta beberapa lagi warga Semananjung Malaysia yang bertemu jodoh dengan ketururunan asalusul saudara mara dari kaum Dusun tempatan dan bekerja dalam Kerajaan Persekutuan alam negeri ini, majoriti mereka yang menyaksikan rumah terbuka serta ramah mesra dan suai kenal suku keturunan supaya kekal sepanjang masa tali persaudaraan disamping kunjung mengunjungi seluruh keluarga tanpa mengira tempat tuan rumah diakhir perbualan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan