Selasa, 11 Julai 2017


Oleh. Bujie Tukarang
OBJEK GANJIL DAN ALAM GHAIB JADI PERHATIAN DIBUMI SABAH ?
Borneo. Pemburuan objek objek ganjil dan berkisar dengan sejarah dialam ghaib dilaporkan terus menjadi buruan sesetengah kumpulan yang dikaitkan mampu memberi pulangan kewangan cukup lumayan dan luar biasa, selain dari itu ada pula dilaporkan cuba berlagak dengan kebolehan melebihi kuasa pemerintah seluruh alam tanpa mampu merubah keadaan diri serta keluarga terdekat apa tak lagi membela kaum sendiri.
Perbuatan upacara IBU DUIT dari pelbagai khazanah pelik serta upacara mahluk ganjil dari alam ghaib memelihara PATOD TUNGKUSAN dengan menanam pelbagai khazanah seperti batu ganjil, kayu ganjil serta macam macam acara cukup menggerunkan warga Sabah, namun golongan terlibat bijak berselindung terutama dikesan media massa agar semua mangsa tidak mengetahui taktik licik mereka bergerak dipelusuk negeri ini sejak sekian lama tanpa kejayaan yang lebih jelas sehingga ada yang bergerak mencari misteri khazanah alam ghaib hiasan pemujaan.
Dalam konteks ini dipercayai banyak sudah terpedaya dengan pemujaan melibatkan alam ghaib terutama jejaka bujang usia lanjut, wanita andratu atau janda muda serta balu muda meminta bantuan jodon dan reziki melimpah ruah tanpa berfikir panjang  akibat pengaruh rakan rakan sekeliling, amalan memuja PATOD dan TANGKAL TANGKAL GANJIL amat mempangaruhi masyarakat sekeliling walaupun ianya dihimpun menggunakan kewangan dari sudut pembelian namun ianya tidak menjejaskan para pengamal perbuatan pemujaan bagi mencapai agenda mereka setiap hari mengaut keuntungan semata mata secara berterusan.
Pendedahan serupa sekadar menjadi pedoman semua pihak agar berwaspada dengan perilaku golongan tertentu yang berhasrat mahu memperdayakan masyarakat peribumi di Sabah demi sesuatu kepentingan peribadi tanpa mengambil kira kemudaratan orang lain asalkan hajat mereka (pelaku ibu duit dan memuja patod), semua pihak harus berwaspada dengan taktik licik golongan tertentu bagi memperdaya setiap individu yang lalai mendengar cerita bagi mempengaruhi orang supaya memperhambakan diri bagi menjadi pengikut golongan ibu duit dan penjaga patod agar mereka akan terus menjadi hidup mewah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan