Rabu, 19 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
UMNO BN DIRAMAL BERSAING PARTI PEMBANGKANG ?

Membakut. Beberapa parti pembangkang diramalkan bersaing sengit dengan UMNO BN dalam pertembungan pilihan raya ke14 yang dijangka tidak lama lagi berikutan jelajah parti pembangkang yang dilaporkan cukup panas kawasan DUN Membakut walaupun menjadi kubu kuat UMNO sejak beberapa tahun yang lepas, malah DUN Membakut memiliki cawangan parti kompenan PBS yang banyak mewakili KDM namun tidak menarik perhatian oleh seluruh parti komenan BN lain menyebabkan rakyat setempat mula mendamingi beberapa orang parti pembangkang yang berhajat mahu bertanding pilihan raya DUN Membakut pada PRU 14 akan datang.
Bahang bertambah panas apabila kemunculan pelbagai parti pembangkang yang tekad mahu menawan kerusi DUN Membakut dari UMNO sebagai berhasrat mahu menjadi wakil rakyat  selepas pilihan raya ke 14 akan datang ini, semua ini bergantung kepada rakyat pengundi kawasan DUN Membakut apa tak lagi pertambahan pengundi baru dikalangan masyarakat KDM setempat disamping kekerapan parti pembangkang menemui masyarakat setempat dengan pelbagai penerangan menarik bagi meraih sokongan rakyat setempat sebagai langkah kemenangan undi mereka.
Pendedahan Egol Onsim Basintal Mantan Ketua Bahagian PBS DUN Membakut dalam pertemuan dengan Media Terkini Malaysia sebagai menjelaskan pelbagai pergolakan parti politik yang bakal bertembung dalam kawasaan tersebut melalui PRU ke 14 akan tiba, memandangkan beliau (Egol) bukan lagi Ketua PBS Bahagian Membakut terserahlah kepada kebijaksanaan ketua bahagian PBS masa kini bagi memperkemaskan jentera bersama semua parti kompenan BN mendepani jentera parti pembangkang yang membayangkan kemenangan bagi kerusi DUN tersebut dengan muda katanya.
Sama sama lah kita menanti apa keputusan percaturan politik DUN Membakut selepas pilihan raya ke 14 akan datang asalkan seluruh rakyat berbilang kaum mendapat pembelaan sepenuhnya tanpa ada yang keciciran ujar beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan