Sabtu, 29 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
PERJUANGAN PAN BERPANDUKAN SUARA AKAR UMBI
Sabah. Dalam memperjuangkan politik berwawasan dan tekad mahu mendapat undi majoriti terbanyak dari rakyat anak negeri Sabah ini lah masa nya kena turun padang memberi penerangan menyeluruh terhadap semua kaum yang menjadi anak negeri Sabah walaupun tidak semudah apa yang lihat dalam perjuangan sekian lama, fokus utama perjuangan parti politik adalah mahukan kemenangan undi semua lapisan rakyat anak negeri tanpa berlaku kealfaan yang taksub apa tak lagi membelakangkan segala pandangan bernas warga anak negeri Sabah perlu diketepikan demi memperolehi undi yang lebih besar demi kejayaan.
Parti Kerjasama Anak Negeri juga mengutamakan perjuangan yang termaktub didalam Batu  Sumpah di Keningau sebagai landasan memperjuangkan semua kepentingan rakyat anak negeri Sabah terutama berkaitan isu kebebasan beragama dan hak hak anak negeri Sabah yang termaktub dalam batu Sumpah sejak awal tahun 1963 dahulu, perjuangan seumpama hanya sia sia jika rakyat anak negeri Sabah tidak bersatu dalam satu perjuangan bersama Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah umpama sebulat suara menuntut hak hak yang sewajar mereka perolehi menerusi satu perjuangan kuat bersama Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah tanpa berpecah belah.
Kekuatan sepakat tanpa terpedaya dengan perpecahan diluar perjuangan Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah sekadar membantutkan usaha mempertahankan perlaksanaan segala yang tertera di Batu Sumpah Keningau walaupun seluruh anak negeri Sabah mengharapkan PAN DAPAT MEMBANTU kearah bersemangat dan memilih PAN, Parti PAN juga sedang berusaha mahu mendekati rakyat kearah mendapat seluruh suara yang dikemukan oleh rakyat diperingkat bawahan demi merealisasikan seluruh suara yang diperolehi dari rakyat anak negeri ini sejajar dengan misi perjuangan berani tanpa tunduk segala dakyah tidak bermanafaat untuk anak ank Sabah.
Demikian sebahagian perjuangan yang sering di ungkapkan oleh Datuk Henrynus @ Rinus  Amin dalam setiap kali berjumpa segenap lapisan rakyat anak anak negeri Sabah walaupun terlalu banyak pesaing parti politik terserah pada anak anak negeri Sabah bagi memilih pemimpin berwawasan dalam menitikberatkan jawapan rakyat anak 
anak negeri Sabah tanpa membelakang hak dan kepentingan rakyat jelata seluruh Sabah, Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah juga  sentiasa berbincang dengan seluruh ahli dikalangan rakyat jelata dalam apa juga perubahan dalam perjuangan parti supaya semua ahli berdaftar tidak tercicir dari memberi sumbangan pendapat sebagai mencapai kemenangan parti jelas beliau.
Media Terkini yang membuat tinjauan sokongan Masyarakat dimaklumkan bahawa lebih banyak kaum Cina dan rakyat anak negeri Islam menyokong parti tersebut walaupun baru diterajui oleh Datuk Henrynus @ Rinus Amin selaku Presiden, malah setiap kali ada perjumpaan parti tersebut semua hujah yang disampaikan berpandukan pada garis panduan perlembagaan parti yang didaftar serta diluluskan oleh pendaftar pertubuhan tegasnya.

GAMBAR ATAS SEKALI DATUK HENRYNUS MENUNJUK SEMUA MAKNA SIMBOL LOGO TERBARU PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH
GAMBAR 2 SEBAHAGIAN PEMIMPIN TERTINGGI PARTI KERJASAMA ANAK NEGERI SABAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan