Isnin, 17 Julai 2017

Oleh. Bujie Tukarang
JUDI GELAP BERLELUASA DIBAWA BAYU?
Sabah. Rakyat yang memusuhi perjudian gelap amat keciwa berikutan kebanyakan permis kedai dijadikan sarang perjudian seumpama secara tersembunyi melainkan orang yang melakukan penyamaran sahaja mampu memerhati mereka secara jelas, antara perjudian yang berani membuka kedai ialah nombor ekor gelap dan perjudian teka jawapan (WA HUI) sebagai memenangi hadiah seolah olah teka teki berlainan jawapan disampaikan taukeh mereka tiap hari.
Perjudian gelap diseluruh Sabah merupakan perkara yang berlarutan puluhan tahun dengan cukup licik kegiatan mereka dengan sistem berjualan produk lain namun induk gelap merupakan perjudian tidak berlesen, kegiatan tersebut  umpama kebal sehingga tidak mampu dilihat pihak berkuasa tempatan walaupun berlaku setiap hari secara terbuka dalam permis kedai perniagaan disetiap pekan namun tidak ada tanda tanda pihak berkuasa tempatan bertindak menggempur permis terlibat yang disifatkan oleh penduduk anak negeri Sabah sebagai memiliki pelindung dari dikesan pihak berkuasa tempatan malah dilaporkan ada juga kakitangan kerajaan turut terlibat menjadi pembeli perjudian gelap berkenaan.
Perjudian gelap ini juga turut dikawal oleh kumpulan warga asing jika ada yang mencurigakan berusaha mendekati permis terlibat terutama golongan yang mirip pasukan keselamatan dipercayai bimbang kegiatan mereka dihidu oleh pihak berkuasa tempatan jika tidak bersiap siaga membuat kawalan setiap permis mereka dipelusuk negeri Sabah, perjudian gelap Nombor Ekor dan Wah Hui cukup menggerunkan golongan suri rumah memandangkan mereka risau anak dan suami terjebak main judi menghabiskan wang tiap hari bersama anak anak sehingga dapur kosong tidak berasap akibat ketagihan permainan judi gelap tanpa pulangan yang diharapkan oleh pemain pemain judi namun sukar bagi meninggalkan nya.
Mohd. Jerrey Abdullah berkata demikian semasa ditemui Media Terkini di Taman Perumahan Kelombong Inanam sebagai mengulas kes perjudian gelap dan WAH WUI yang masih bebas dibeberapa permis kedai setiap pekan dalam negeri ini berlindung menjual handpone, topup pelbagai telipon dan perhiasan seperti barang kemas, kes seumpama tidak mampu ditinggalkan oleh para pembeli setiap hari tanpa mengira orang mewah mahupun golongan fakir miskin asalkan sikap tapak mahu menang bersarang dalam sanubari golongan yang mahu menang dalam perjudian nombor ekor gelap serta WAH HUI yang laris umpama goreng pisang ujar beliau.
PERJUDIAN PERLU DIJAUHI OLEH UMAT ISLAM JIKA MAHU MEMELIHARA EKONOMI MEREKA TANPA MELIBATKAN MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM DEMI KEHARMONIAN KELUARGA DISAMPING BERPEGANG TANGAN AGAR MENDAPAT HIDAYAH KEHARMUNIAN SELURUH KELUARGA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan