Ahad, 30 Julai 2017

Oleh. Williem Anak Lagau
JENTERA PEMBANGKANG MULAI PANAS
Tuaran.  Dalam kehangatan kempen beberapa kumpulan parti pembangkang dalam seluruh kawasaan parlimen Tuaran beberapa pemimpin parti kompenan BN yang sempat ditemui dengan nada selamba menjelaskan rutin mereka berkerja bersama rakyat setiap hari jika ada masa terluang, bagi kumpulan parti pembangkang pula sudah nampak kesibukan mempertaruhkan nama calon calon yang mereka (pembangkang) rasakan mampu memikul sebagai calon berhadapan parti kompenan BN berikutan ekonomi melebihi daripada para pemimpin mereka yang lain dalam berhadapan dengan rakyat.
Dalam konsep persempadanan pilihanraya yang baru Parlimen Tuaran mempunyai 4 Dun termasuklah DUN Kiulu, DUN Tamparuli, DUN Sulaman dan DUN Dalit yang dijangka semua akan ditandingi oleh Parti Parti Pembangkang tanpa menyerahkan bulat bulat pada parti kompenen BN, namun rakyat jelata diseluruh Parlimen Tuaran ini juga terus keliru jika mereka menyokong parti pembangkang calon mana diundi jika berlaku 3 atau 4 penjuru pertembungan pembangkang dalam 1 kerusi Dun menentang 1 calon parti kompenan BN dalam PRU ke 14 yang dijangka tidak lama lagi, ini pasti disedari oleh para pemimpin parti kompenen BN seluruh kawasan Parlimen Tuaran dan tidak hairan lah BN setempat tidak gusar berhadapan dengan pelbagai jentera beberapa kepimpinan parti pembangkang sebagai menghadapi PRU  ke 14 akan datang menyebabkan BN setempat sekadar melawat rakyat jelata menerusi penyampian lebih sumbangan pada rakyat jelasnya.
Antara pembangkang yang aktif berkempen jelajah Parlimen Tuaran ialah Parti Keadilan Rakyat, Semua 4 Parti Gabungan Sabah Harapan Rakyat, Star, SAPP dan Perpaduan serta Parti Warisan Sabah dan Parti Cinta Sabah dengan misi semua pemimpin parti tetsebut mahu menumbangkan kekuatan kepimpinan BN setempat, kebanyakan pemimpin parti kompenan BN setempat sekadar turun padang menemui rakyat jelata bagi menjejaki masaalah setiap perkampungan terpencil agar kerajaan dapat menyalurkan pelbagai projek yang amat diperlukan oleh setiap  perkampungan terpencil agar mampu merubah landskap  kemajuan orang kampung dalam jangkamasa panjang.
GAMBAR KANAN ORANG KUAT KERJA PKR RAJIMIT GUNONG AKTIF MENJELAJAH MENEMUI RAKYAT SELURUH PARLIMEN TUARAN.
GAMBAR KANAN TIMBALAN KETUA PBS BAHAGIAN TAMPARULI MADIN ANAK ENGGAN BERCAKAP POLITIK NAMUN DIKABARKAN TERUS BERKERJA UNTUK PBS  BN TAMPARULI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan