Isnin, 31 Julai 2017

Oleh. Wartawan Media Misteri
KEMELUT POLITIK DUN KIULU DALAM TEKA TEKI
Tuaran. Percaturan politik terus berada dalam teka dalam kawasan Dun Kiulu berikutan terlalu banyak parti pembangkang meraih sokongan dengan impian golongan terlibat mengharap parti politik yang mereka wakili memberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya, antara yang menonjol parti politik DUN Kiulu ialah Parti Keadilan Rakyat, Warisan, empat parti dalam Gabungan Sabah Star, SAPP, Perpaduan dan Parti Jarapan Rakyat Sabah (Harapan) manakala dilaporkan PCS bersendirian bersama Warisan menghadapi semua calon pilihan raya di Sabah khususnya Kiulu.
Bagi Barisan Nasional yang utuh perjuangan semua ahli  sepakat memilih calon dalam pilihan raya sememangnya dijangka akan bertembung sengit dengan beberapa calon parti. Pembangkang pada pru ke 14 dimana majoriti jentera parti pembangkang meyakinkan rakyat setempat mereka (pembangkang) mampu menewaskan calon BN kawasan tersebut,  gerakan kempen jentera parti pembangkang jelas menonjol berikutan setiap hari mereka silih berganti menemui rakyat jelata disetiap kampung dengan pelbagai hujah vagi meyakinkan orang orang kampung mengundi calon yang mereka ketengahkan dalam pilihan raya ke 14 akan datang.
Beberapa penduduk Kiulu mengirimkan gambar seorang berpakaian tradisional etnik Sabah aktif mempromosi parti Keadilan Rakyat manakala En. Julian gambar biasa merupakan aktivis masyarakat sosio politik setempat dan pemerhati keadaan setempat kerap menghubungi media terkini dimana masa kini bukan muda berpolitik tanpa sumbangan pada orang ramai, media terkini yang cuba menghubungi beberapa  pemimpin parti politik tempatan sebagai mengesahkan bahawa masa kini tidak banyak perubahan yang dikawasan Dun Kiulu seperti dakwaan pemidato parti pembangkang setempat namun gagal sebab beberapa talian telipon dihubungi diluar kawasaan suara menjawab.
Sementara badan badan NGO pula setakat ini terus menyepi memandangkan tidak ada mana mana orang politik  memohon bantuan dari mereka bagi meraih sokongan undi orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan