Sabah. Kerjasama antara UMNO dan PAKATAN HARAPAN bagi Sabah masih relevan jika mereka turun gerak kerja keperingkat akar umbi menyelami nadi hati rakyat negeri tersebut.
Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, PBRS, MCA dan MIC bagi Sabah perlu menggerak jentera keakar umbi bersama seiring jika mahu memulihkan undi orang Sabah kembali pada mereka, selain dari itu Pakatan Harapan yang dicadang pemberian 33 kerusi Dun Sabah juga perlu menerima dengan kesungguhan jika mahu memenangi kerusi sebanyak yang dicadangkan.
Antara suara pasukan aktivis rakyat yang kerap mendampingi semua lapisan rakyat jelata diseluruh negeri tanpa dipengaruhi oleh politik tertentu, kebanyakan rakyat jelata yang ditemui mengakui pilihan mereka masa mengundi bukan terletak pada parti semata mata sebaliknya wibawa calon yang bertanding perlu diteliti.
Menurut rakyat berdaftar sebagai pengundi, semua parti politik serupa baik namun yang mencerminkan kebaikan adalah calon bertanding itu pemurah, iklas membantu rakyat kawasan mereka masing masing tanpa pilih kasih, namun ada juga golongan tertentu mendakwa mewakili rakyat konon nya rakyat pengundi Sabah sudah nekad hanya memilih satu parti tempatan sahaja sedangkan Dun masih belum dibubarkan ujar rakyat jelata.
Sehingga berita ini ditulis rakyat pengundi yang ditemui belum memutuskan parti mana yang mereka sokong didalam pilihan raya negeri, namun jika setiap calon pilihan BN dan PH itu benar benar iklas dan prihatin membantu rakyat termiskin menjelang pilihan raya tidak mustahil golongan terlibat lebih mendapat undi ungkap mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan