Ahad, 4 Mei 2025

ADAT BUDAYA ETNIK PERLU DIKENALI

Oleh. Gifkir Aming dan Lenny Noor Abdullah 

Sabah. Setiap warga luar 
 negeri Sabah 

yang bertemu jodoh dengan penduduk anak negeri wajar mengenali etnik bangsa pasangan yang dipilih.

        Sebut sahaja etnik Dusun memangnya muda namun bahasa mereka berbeza beza mengikut bahasa keturunan asal mereka sejak sekian lama, serupa juga dengan muzik paluan Gong sememangnya terlalu jauh berbeza  corak bunyi nya berbanding dengan kaum yang lain.

        Antara pandangan yang diterima kru Media Terkini semasa menghadiri Majlis Perkhawinan pasangan Dusun Liwan (perempuan) dengan Jejaka Melayu dari Selangor di Kg. Kebayau Telipok 3 Mei 2025, ramai pengunjung yang ditemui sekadar tahu kaum Dusun namun bahasa yang dipergunakan mereka berbeza beza tanpa mereka sedari Dusun itu terlalu banyak bahasanya apa tak lagi warga Semananjung Malaysia berjodol di Sabah.

       Ada juga yang terpegun semasa wawancara Media Terkini terhadap etnik yang hadir berpandu pada bahasa yang mereka gunakan, antara Liwan dan Bundu serta Lotud mengaku bahasa mereka berbeza seharian namun generasi muda mudi sudah tidak mengenali bahasa yang dipergunakan.

        Malah ramai warga muda lebih kepada penggunaan bahasa Melayu berbanding bahasa ibunda etnik mereka warisan zaman berzaman, etnik bahasa Liwan dilaporkan berasal dari daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan Kundasang namun kini sudah sinonim dipergunakan diseluruh negeri Sabah.

       Keluarga pengantin perempuan kacukan dua dara dari Kg. Kumawanan Tambunan (Liwan) dan Dusun Bundu Telipok sehingga pertuturan bahasa bercampur campur sebagai bahasa harian, namun perpaduan mereka terus terpelihara disebabkan memiliki pertalian kekeluargaan ramai didaerah Telipok, Tambunan dan Keningau jelas penduduk setempat.

       




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan