Tawau. Mampukah PH, BN dan GRS membentuk kerjasama dalam pilihan raya negeri Sabah pada tahun ini, seperti saranan Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia sebaik bertemu dengan Datuk Seri Panglima Hajijih Haji Noor Ketua Menteri Sabah.
Ini adalah antara ungkapan kata Perdana Menteri selepas bertemu Ketua Menteri Sabah di Tawau yang berharap GRS dan PH serta BN berkerjasama dalam PRN penghujung tahun ini.
Seandainya Ketua Menteri Sabah bersetuju berkerjasama dengan PH dan GRS serta BN dalam pilihan raya negeri bagaimana pengagihan kerusi dilakukan, GRS 8 parti gabungan, BN memiliki 4 gabungan manakala PH memiliki juga 4 parti gabungan dan ini mungkin sukar dilakukan agihan bagi 73 kerusi Dun Sabah.
Semua parti didalam gabungan tidak mungkin menerima cadangan kerjasama didalam PRN akan datang bagi Sabah jika kerusi mereka sedia ada dikurangkan ?, malah kelantangan beberapa pemimpin tertinggi parti didalam gabungan GRS dilaporkan menolak sama sekali jika ada kerjasama didalam parti berpusat di Malaya ungkap warga Sabah.
Antara yang ditolak sebilangan pemimpin tertinggi parti didalam GRS ada lah UMNO seperti dimaklumkan penduduk Sabah namun ianya tidak ada suara dari rakyat jelata yang sebenar, malah warga Sabah sendiri mengakui masih ramai ahli ahli parti Umno diperingkat luar bandar yang tidak berganjak dari kepimpinan parti mereka walau banyak parti baru wujud.
Apapun harapan perdana Menteri berhubung kerjasama dengan GRS hanya bergantung kepada Ketua Menteri Sabah bagi memutuskan nya, satu harapan yang dikenang penduduk miskin Sabah masa kini ada lah bantuan makanan menggunakan Kad Pengenalan penerima STR tidak ada dikecualikan tegas orang Sabah.
Kru Media Terkini dimaklumkan bahawa rakyat Sabah amat sukar mendapat bantuan bagi kebajikan yang diumumkan berikutan sukar mendapat E. Kasih, tidak hairan lah penduduk Sabah yakin terhadap kepimpinan gandingan Perdana Menteri dan dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi agihan bantuan yang sebenar penuh ketelusan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan