Isnin, 26 Mei 2025

RAKYAT JELATA SABAH BEBAS MEMILIH PARTI

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Penduduk yang berdaftar sebagai pemilih dalam negeri Sabah bebas memilih mana mana parti politik yang bertanding dalam PRN ke 17 akan datang, semua parti politik yang bertanding dalam PRN ke 17 adalah dipimpin serta memilih setiap calon bertanding anak watan Sabah sendiri tanpa melibatkan warga Malaya.

     Antara ungkapan kata pemerhati parti politik veteran anak jati Sabah sebagai pertikaian sebilangan pemimpin parti politik Sabah yang menentang parti Malaya bertanding dalam PRN ke 17.

      Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Perikatan Nasional adalah parti Malaya yang bercawangan dalam Sabah namun semua dipimpin oleh pemimpin politik orang Sabahan sendiri, malah tidak ada seorang pun orang Malaya yang menjadi pemimpin dan calon dalam pilihan raya negeri Sabah selama ini dan dilihat seluruh pengundi orang orang Sabah.

       Pemerhati politik veteran Sabah juga mendedahkan PH, BN dan PN Sabah semua dipimpin oleh anak watan Sabahan sendiri jauh sekali warga Malaya menjadi calon dalam PRN Sabah, ini penting dihayati oleh pengundi Sabahan serupa juga dengan semua parti politik Sabahan yang dipimpin oleh penduduk Sabahan sendiri sejak sekian lama dan sehingga masa kini. 

      Dalam konteks dizaman moden ini semua warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi harus tahu erti kebebasan memilih parti politik dikaca mata mereka mana yang terbaik, tidak perlu terpengaruh dengan sengketa kebencian parti politik lain selagi dipimpin serta calon dipilih adalah anak watan Sabah sendiri setiap kali pilihan raya dijalankan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan