Ahad, 25 Mei 2025

APAKAH URUSNIAGA HARIAN MEREKA TIAP HARI?

Oleh. Koijul Hairol

Kota Kinabalu. Senang dan muda tiap hari mereka duduk dilorong lorong pejalan kaki serta bawah pokok, ada sahaja pelanggan tetap singgah berurusniaga dengan golongan terlibat tanpa diketahui jenis perniagaan mereka.

        Kebanyakan perniagaan seumpama diketuai wanita dan diapi beberapa golongan lelaki bagi menarik pelanggan wanita dan lelaki amnya, bermula awal pagi hingga ke petang  entah berapa jumlah pelanggan mereka yang tampil datang melanggani perniagaan sulit mereka walau ditengah kota sekalipun.

      Anehnya kebanyakan penduduk Sabah yang melanggani perniagaan dilorong pejalan kaki dan bawah pohon pokok yang rendang  tidak ada yang tampil bersuara, ada juga yang cuba didekati untuk bertanya jenis perniagaan terlibat namun semua mereka senyap dan beredar meninggalkan kawasan tersebut. 

      Bayangkan setiap hari  lorong pejalan kaki sesak urusan perniagaan yang tidak kelihatan apakah jual beli yang mereka lakukan dikawasan terlibat, malah ada juga yang melakukan perniagaan sulit berkenaan dilorong belakang kedai serta bawah pokok pokok yang berdaun  rimbun bagi mengelak dari terik mentari.

       Ini didedahkan beberapa pesara keselamatan negara yang bermastautin dalam Sabah sebagai maklumat kerajaan Malaysia agar tindakan drastik diambil pihak berkuasa, jika ianya dibiarkan sudah pasti ada yang bakal menjadi mangsa dikalangan pelaku sistem perniagaan sulit yang tidak diketahui orang ramai melainkan pelanggan tetap mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan