Sabtu, 10 Mei 2025

MERUNGKAI DUN SABAH

Oleh. Aki Nabalu dan Diwato Serayo

Kami sentiasa merungkai setiap kerusi Dun Sabah sebelum bubar Dewan Undangan Negeri diramal hujung tahun ini. 

      Akbar ini tidak terlibat atau berkompromi mana mana parti politik dan berkecuali dalam kancah arena politik sejak sekian lama, kami lebih menitikberatkan suara rakyat umum terutama warga luar bandar tanpa terkait mana mana pun parti politik tempatan dan luar negeri amya. 

     Malah ramai sangat ahli parti politik dinegeri Sabah terlalu sukar ditemui sehingga berulangkali dihubungi namun sukar mendapat jawapan, tidak hairan lah hanya berjawatan wakil rakyat, status menteri atau timbalan amnya pembantu menteri yang kerap bersemuka dengan Media Massa.

      Kes seumpama bukan perkara baharu malah sejak beberapa tahun yang lepas ianya telah pun berlaku dibandar dan luar bandar amya, ini ada lah sebahagian dari keluhan warga pengundi di 73 kerusi Dun Sabah menerusi jejak langkah kru Media Terkini Malaysia hari ini. 

      Ada juga ahli parti politik dalam negeri ini dilaporkan sebilangan rakyat berdaftar sebagai pengundi kurang menjejaki warga luar bandar, sebilangan dari mereka hanya datang kepekan menemui seorang dua kaki ampuh konon nya mewakili orang kampung menyokong orang politik terlibat.

        Semua ini berlaku disetiap kerusi Dewan Undangan Negeri  Sabah pada sebilangan pemimpin bawahan parti politik tertentu tanpa menarik perhatian orang kampung, sebaliknya bila tewas dalam pilihan raya baru golongan terlibat menyalahkan rakyat dan kumpulan kaki ampuh yang tidak berkesudahan untuk calon parti mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

       
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan