Sook. Penduduk Pegalungan terkejut dengan jalan raya mereka yang runtuh antara Sepulut dan Pegalungan sejak semalam ujar penduduk setempat.
Jalan Sepuluh Pegalungan dilaporkan tidak mempunyai sebarang jalan alternatif yang lain menyebabkan warga setempat terkurung sehingga jalan raya mereka dibaiki, dalam tragedi seumpama kerajaan Sabah perlu membina jalan raya lain bagi laluan kedua jika berlaku tanah runtuh seumpama pada masa akan datang agar mereka tidak terkurung lagi.
Kg. Pegalungan dilaporkan memiliki lebih 296 orang penduduk masa kini dan mereka keluar membeli belah antara Sook atau Tenom, namun dalam situasi jalan raya mereka runtuh penduduk tidak pasti sampai bila mereka terkurung tanpa keluar membeli belah jelas mereka.
Hanya kerajaan Sabah sahaja yang mampu memberi pengumuman tarikh jalan raya runtuh berkenaan disiapkan, menanti itu satu penyeksaan bagi semua penduduk Kg. Pegalungan yang memendam perasaan menunggu pembaikan jalan raya mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan