Ahad, 19 Januari 2020

UMNO PEMBANGKANG BAKAL GEGAR SEPANGGAR
Oleh. Helary Sukiono
Kumpulan parti pembangkang Sabah khususnya parlimen Sepanggar bakal turun padang menjelajah setiap pelusuk kampung bagi mencernakan perjuangan bersama UMNO Sepanggar jika dibawa bersama demi menawan semula kerusi tersebut dalam pilihan raya ke 15 akan datang, pendedahan ini dibuat oleh beberapa aktivis parti pembangkang mewakili pelbagai parti pembangkang sebaik mendengar kemenangan UMNO BN di Parlimen Kimanis menentang Warisan pada 18 Januari 2020 lepas.
Media Terkini dimaklumkan UMNO BN dengan bantuan kompenan pembangkang mempertahankan kerusi parlimen Kimanis dari cuba ditawan oleh parti Warisan Sabah bersama UPKO dan PH dari Semananjung Malaysia.
UMNO Sepanggar kini diterajui oleh Datuk Haji Yakub Khan merangkap Timbalan Pengurusi Umno Sabah dikhabarkan bakal menyusun jentera jelajah mesra rakyat seluruh Parlimen Sepanggar yang kini memiliki DUN KERAMBUNAI,  DUN DARAU dan DUN INANAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan