Isnin, 20 Januari 2020

ORANG ASAL NAFI GENG SAMSENG
Oleh. Baron Kirwan
Kuala Lumpur. Kejadian mencetuskan kekecohan dan mencedrakan Wan
Mohammad Azri Wan Deris atau Papagomo mengejutkan orang asal Sabah dimana ianya pantas tersebar dimedia sosial serta you tube yang tidak sepatutnya berlaku apa tak lagi dikawasan lapangan terbang  KKIA yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan dari luar negara namun terjadi juga, majoriti orang asal Sabah menafikan budaya serupa bukan trend sebenar masyarakat orang asal Sabah walaupun ada perkara yang menyinggong perasaan orang asal Sabah ia diselasaikan menerusi perundangan yang sedia ada  dan tidak perlu membuat kekecohan di KKIA apa rak lagi menjadi perhatian pelancong luar negara masa kejadian  ia menjejaskan imej Sabah yang cintakan keamanan sejak sekian lama.
Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah Datuk Henrynus Amin berkata demikian dalam satu kenyataan semasa dihububgi Ketua Wartawan Media Terkini sebagai mengulas Papagomo dikepung di KKIA beberapa hari lalu, beliau juga percaya pihak keselamatan lapangan terbang amnya Polis Sabah mampu menyelasaikan kes seumpama agar tidak berulangkali dalam jangkamasa panjang diseluruh negeri Sabah dan kawalan keselamatan perlu dipertingkatkan pada setiap lapangan terbang tegas beliau.
Datuk Henrynus Amin berpendapat apapun yang dilakukan Papagomo masa berkempen PRK Kimanis boleh dibawa kemuka pengadilan dan bukan dikejar sampai ke KKIA dengan hukuman perundangan emosi sendiri tanpa menjaga imej Sabah tercalar, malah sebagai orang asal Sabah majoriti mereka sekeras kerasnya menafikan budaya seumpama amalan yang ada dikalangan generasi mereka dan menjadi harapan kepada masyarakat serantau agar memahami budaya sopan santun dan mematuhi undang undang negara seluruh orang asal Sabah katanya.
Papagomo juga telah mendapat rawatan Hospital sebelum membuat laporan Polis di Balai Polis Setapak Kuala Lumpur berhubung inseden di KKIA semasa beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur sebaik selasai PRK Kimanis pada 18 Januari 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan