Sabtu, 25 Januari 2020

RAKYAT MENUNGGU GERAK MAUFAKAT SABAH
Oleh. Jopis Anak Lagau
Slogan maufakat Sabah telah dilaungkan canang masa berkempen di PRK Kimanis sehingga Datuk Mohamad Alamin berjaya memenangi majoriti 2,029 undi namun sehingga kini belum ada tanda tanda maufakat Sabah sampai kepada warga desa dipelusuk negeri Sabah, kebanyakan berkumandang suara orang kampung ialah PH berkerjasama Warisan dan UPKO bergerak mendekati rakyat dengan pelbagai program sebagai mempromosi parti dan perjuangan mereka walaupun ada juga rakyat bukan penyokong mereka namun tidak ada pilihan menghadiri berikutan tidak ada langsung gerak pemimpin bawahan maufakat Sabah untuk warga kampung yang mengharap pemimpin pembangkang turun padang bersama mereka.
Kepimpinan maufakat Sabah harus digerak oleh UMNO SABAH, PBS, STAR, PAS, MIC, MCA, SAPP dan PBRS dimana cawangan cawangan serta bahagian mereka boleh berkerjasama bergerak mendekati seluruh rakyat negeri ini termasuk lah diluar bandar jika mahu mengekalkan kekuatan sokongan rakyat jelata seperti Tg. Piai dan PRK Kimanis dalam menghadapi pru ke 15 akan datang tanpa menanti disaat akhir menjelang pru ke 15 akan datang.
Apapun  perbezaan politik parti pembangkang di Sabah harus memilih bersatu maufakat sama sama turun padang mendekati masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan suku kaum asalkan berjuang kearah maufakat bersama menggerak aktif maufakat Sabah demi mengembalikan teraju kepimpinan kerajaan Sabah menerusi pru ke 15 akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan