Rabu, 22 Januari 2020

PSS PERLU PATUHI PERUNDANGAN IMIGRESEN
Oleh. Jasly Dollah
Sabah. Pas Sementara Sabah (PSS)  perlu seiring dengan peruntukan perundangan Imigresen dikhususkan terhadap pemegang pasport atau hanya dengan pemegang IMM 13 sahaja tanpa melibatkan pemegang Sijil Burung Burung dan Banci amnya, malah golongan yang dikenali PATI ini amnya pemegang burung burung dan banci wajib ditangkap dan dihantar balik kenegara asal dalam perundangan Imigresen agar Sabah mampu dibersihkan dari tapak kaki PATI seiring kuasa kuasa yang terdapat dalam perundangan Imigresen tegas Datuk Henrynus Amin Presiden Parti Kerjasama Anak Negeri Sabah hari ini.
Datuk Henrynus Amin menambah, IMM13 sudah cukup menjadi pas kepada golongan pelarian PERANG berbanding hendak memberi mereka dekumen PSS melibatkan PATI sekarang, sebaliknya kerajaan negeri Sabah sama sama dengan Imigresen bertindak tegas termasuklah kad Banci dan Burung Burung supaya kuasa kuasa Imigeresen tidak terganggu bagi menjalankan tugas dan tanggongjawab yang diamanahkan bagi mengembalikan warga asing tidak memiliki IMM 13 bagi mengambil Pasport dinegara asal mereka jika masih berminat berkerja dalam Sabah tanpa menyalahi perundangan Imigresen jelasnya.
Tidak salah jika pihak Imigeresen membenarkan IMM 13 sahaja diberi status PSS asalkan tidak melibatkan PATI, atau pemegang surat Burung Burung serta Surat Banci yang jelas tidak ada senarai diseluruh Jabatan Imigresen tegas Datuk Henrynus Amin dalam perbualan dengan Media Terkini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan