Sabtu, 18 Januari 2020

 RAKYAT MANTAP BERSAMA BN
Oleh. Jopis Anak Lagau
 Kimanis. Parlimen Kimanis dimenangi Datuk Mohamad Alamin calon UMNO dengan undi berjumlah 12,706 undi berbanding Datuk Karim Bujang Warisan hanya 10,677
 manakala undi rosak 320 undi. Perkara ini diumumkan oleh Pegawai pengurus pilihan raya Kimanis Jupari @ Jupry Etol dan jelas lah sebilangan besar pengundi Kimanis masih setia menyokong BN dan BOSKU, selain dari itu kesan Bantah PSS telah diterima orang asal Kimanis dengan mendatangkan masaalah bagi mereka sebaik Datuk Najib Tun Razak menjelaskan Pas Residen telah ditolak cadangan bertulis pada tahun 2016 sebelum pru ke 14 yang lalu namun terus dimainkan Warisan bahawa ia adalah perancangan BN membuatkan orang asal Kimanis mempersembahkan undi mereka dengan majoriti 2,029 undi berbeza pada Pru 14 Warisan hanya tewas tipis 156 undi sahaja.
Himpunan parti pembangkang Sabah disertai pelbagai rakyat berbilang etnik dan badan ngo orang asal Sabah juga memainkan peranan kemenangan besar Datuk Mohamad Alamin disamping membuktikan Datuk Seri Anifah Aman masih disokong oleh Warga Pengundi Kimanis.
Gandingan Maufakat Sabah disamping kuasa UMNO Sabah yang penuh ditangan Dato' Sri Bung Mokhtar Radin telah meyakin kan orang orang Kimanis untuk terus bersatu dalam BN dipulihkan semangat oleh MAUFAKAT STAR, PBS, SAPP, MCA, PAS, PBRS, PCS, USNO serta penjelasan jujur semua parti pembangkang pada rakyat Kimanis berjaya menawan naluri jiwa pengundi setempat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan