Rabu, 24 Julai 2019

TAAWUN PAS UMNO MERISAUKAN MUSUH POLITIK
Oleh. Huzera Ben
Kuala Lumpur. Keputusan Parti Pas dan Umno Bertaawun 14 September 2019 ini merunsingkan dikalangan parti politik yang bersaing dengan kedua dua parti berkenaan apa tak lagi suara anak Melayu mula kedengaran mahu memimpin perpaduan agenda bangsa dan agama masa kini,  pengumuman Bertaawun kedua dua parti Umno dan Pas dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan dan Datuk Sri Annuar Musa Setiausaha Agung Parti Umno dijadualkan September 2019 sebagai simbol penyatuan dan kerjasama demi bangsa dan agama tanpa perpecahan lagi dan dijangka akan dihadiri seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah Sarawak ujar mereka.
Sementara itu rakyat Malaysia memuji usaha tersebut bagi persiapan menghadapi pilihan raya kali ke lima belas yang boleh berlaku pada bila bila masa dalam masa terdekat jika rakyat mengusulkam pemimpin mereka bersuara bagi mengadakan pilihan raya ujar orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan