Isnin, 15 Julai 2019

PRESIDEN PSB LETAK JAWATAN
Oleh. Jopis Anak Lagau
Sarawak. Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh meletak semua jawatan dalam kabenit kerajaan negeri Sarawak petang tadi, beliau yang memimpin parti politik mesra GPS dan tidak menyertai gabungan meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Perdagangan Antara Bangsa Dan E Dagang dipejabatnya terletak di Wisma Masja dekat sini.
Perletakan jawatan ini mengesahkan PSB tidak lagi memiliki wakil dalam kerajaan dan agensi kerajaan Sarawak.
Kemana halatuju perjuangan Parti PSB selepas ini adakah menyertai Parti PH atau bertahan sebagai Parti Pembangkang dibumi Kenyalang namun desas desus meramalkan mungkin melihat kemantapan Bersatu dan PH yang mula mencari sokongan di Sarawak ujar masyarakat setempat.

Dua rakyat dipercayai berasal dari Thailand ditemui nelayan berenang di Lautan Kuala Rajang oleh nelayan tempatan dan diselamatkan untuk diserah kepada Ketua Kampung Gerigat Abang Sarif Abang Fadil, kedua dua pemuda berkenaan sekadar berbaju T dan berseluar pendek dalam jeletihan dan diberi bantuan pemakanan oleh Ketua Kampung disamping mengenali mangsa namun kedua duanya tidak mempunyai sebarang dokumen membuatkan Ketua Kampung menghubungi Polis untuk tindakan membawa ke Balai Polis Seratok sebagai tindakan lanjut.

Sebaran dalam FB rekaan Kasut Durian hasil buatan tangan para pekebun durian sebagai perhiasan mirip Kasut dinegeri Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan