Sabtu, 20 Julai 2019

IKAN BASAH TAMU MINGGUAN MERAGUKAN
Oleh. Bujie Tukarang
Sabah. Gerakan pihak berkuasa perlu digandakan bagi membuat pemeriksaan setiap penjual IKAN BASAH dimana juga tamu mingguan demi mengelak masyarakat terbeli dengan ikan yang ditangkap tidak baik serta peti simpanan ikan basah yang sering dilaporkan dicampur dengan Pengawet Mayat yang kini hangat diperkatakan dalam negeri ini, langkah pemeriksaan dilakukan dengan teknik penyamaran tidak beruniform dan tidak memberi maklumat dikalangan orang yang ada pertalian kaum etnik penjual ikan basah, malah dengan teknik penyamaran ini mampu memerangkap golongan pelaku dari menipu pembeli demi mengaut keuntungan peribadi tanpa mengambil kira kemudaratan orang lain yang membeli ikan mereka apa tak lagi penduduk luar bandar yang tidak memiliki kepakaran melihat ikan yang dibeli.
Menurut sumber maklumat para penjual yang melakukan unsur penipuan sering terlepas berikutan ada pembocor maklumat dikalangan pihak berkuasa yang sama etnik kaum golongan penjual ikan basah, selain dari itu ada juga penjual ikan yang memasang pemerhati bagi mengintip pihak berkuasa beruniform mahupun menggunakan kenderaan penguatkuasa bagi melakukan tugas pemeriksaan ditamu tamu mingguan mengakibatkan peluang pesalah melarikan diri terbuka luas jelas orang ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan