Khamis, 11 Julai 2019

Berita Ringkas
Penjualan rokok seludup terus meningkat dengan berkeliaran menggunakan plastik hitam bagi mengaburi mata pihak berkuasa tempatan, selain dari itu warga tempatan perokok juga dikaitkan terlibat menggalak para penjual apabila mereka sanggup membeli berkotak kotak bagi keperluan peribadi serta dijual dikampung halaman masing masing.
Ini didedahkan Cik Harni seorang aktivis wanita Inanam bagi membongkar kemelut tak sudah penjualan rokok seludup setiap hari dipekan tersebut, kumpulan terlibat akan bersembunyi dengan duduk membisu dilorong lorong kedai dan duduk dalam kedai kupi jika melihat pihak penguatkuasa melakukan operasi mengejut dikawasan mereka berjualan setiap hari tegasnya. Oleh.
Cik Harni mencadangkan Adun Inanam YB.  Kenny Cua melakukan tinjauan mengejut bersama kakitangannya di UPPM melihat sebenar masaalah penjualan rokok seludup yang berleluasa dikawasan Inanam sebelum merangka tindakan bersama pihak berkuasa yang lain demi mencegah penjualan rokok seludup berterusan katanya.
Arahan larangan merokok sudah dikuatkuasakan mengapa pula penjualan rokok seludup tidak dapat dibasmikan. Oleh Norafzah Dolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan