Sabtu, 27 Julai 2019

 Oleh. Huzera Ben
Masaalah makanan halal dan haram bersih dan sebaliknya sesekali kurang dipraktik oleh masyarakat dalan negeri Sabah terutama dikalangan umat Islam walaupun ia mampu dilihat pada depan mata namun ia bagai tidak diambil perhatian atau terlepas pandang golongan yang menyediakan makanan berkenaan,  antaranya penyediaan KELULUT, MADU TUALANG,  KUEH MUEH TERMASAK,  TAPAU BUAH BUAHAN  yang dilihat bukan beragama Islam pembuatnya namun tak kisah juga umat Islam membeli makanan yang dilapor meragukan mengikut hukum syarak semuanya tak diutamakan oleh segelintir warga setempat tegas seorang yang mahu dikenali Pak Tasmi pesara kesalamatan negara.

BUKU PERCUMA DAYA PENARIK
Sejak beberapa bulan lepas beratus kumpulan bergerak bagi mengedar buku percuma berunsur keagamaan (bukan Islam) termasuklah ditamu tamu mingguan tanpa mengira siapa juga mengambilnya cara percuma,  ini juga didedahkan oleh Pak Tasmi sebagai peringatan seluruh umat Islam dalam negeri ini agar peka memelihara akidah agama bukan sahaja pada pakaian, ibadah, namun anat penting pembelian pemakanan dari sumber mana dan bahan rujukan keagamaan sangat penting apa tak lagi siang malam beribadah tak henti namun makanan yang kita telan dan buku agama dirujuk amat meragukan ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan