Rabu, 8 Ogos 2018

 Berita Ringkas
MAMPUKAH UMNO DAN GS KEMBALI BERKUASA?
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Umno dan GS seluruh Malaysia merupakan pejuang yang cuba mempertahankan pembelaan rakyat jelata termiskin atau berpendapatan rendah  demi merubah derita hidup mereka dengan pelbagai bantuan, namun berikutan dengan banyaknya sumbangan terhadap rakyat berpendapatan rendah atau yang termiskin dipercayai timbul rasa iri hati dikalangan rakyat berpendapatan tinggi mahupun kumpulan ahli perniagaan yang terkena bebanan GST mula memainkan peranan menukar kerajaan baru agar mereka berjaya mengelak GST terbesar berbanding rakyat miskin yang banyak terima bantuan.
Percaturan orang orang mewah dan kroni ahli perniagaan akhirnya berjaya meraih sokongan rakyat jelata miskin dan berpendapatan kurang berkemampuan bagi menukar kerajaan baru, dalam konteks seumpama bagaimana lagi UMNO dan GS mampukah mereka berkuasa semula sebagai kerajaan bersandarkan perjuangan sahaja tanpa berusaha gigih mendampingi seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama demi mengembalikan kuasa tampuk kerajaan Umno dan GS dimasa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan