Rabu, 8 Ogos 2018

GAMBAR HIASAN
PEMANSUHAN GERAN KOMUNAL MENJADI TANDA TANYA
Oleh. Williem Anak Lagau
Sabah. Rakyat mengharapkan pemansuhan Geran Komunal benar benar telus disenarai namakan oleh pemilik asal dan bukan dinamakan mereka yang tidak tersenarai dalam komunal terdahulu demi mengelak kekeliruan masyarakat jangka panjang, selain dari itu penduduk tulen anak negeri ini juga hairan mengapa anak asli Sabah kini terasa diperlekeh  orang asing yang berkerja dalam negeri ini tanpa rasa hormat dikalangan mereka warga asing apa tak lagi PATI yang bersembunyi dari pasukan keselamatan Sabah.
Penukaran geran komunak kepada geran persendirian diharapkan orang asli Sabah memberi manafaat kepada mereka terlebih dahulu sebelum kepada orang luar dari daerah terlibat, jika tidak ianya juga serupa dengan sistem geran komunal yang memberi keuntungan kepada syarikat luar dalam kerajaan terdahulu walaupun senarai penama dirangkumkan adalah penduduk asal kampung yang terdaftat dalam kawasan kawasan tertentu jelas warga tempatan ditemui media Sabah.
Harapan rakyat jelata asli Sabah agar semua perancangan kerajaan baru negeri ini memberi keuntungan kepada mereka yang amat memerlukan, jangan sampai ada orang yang bukan penduduk kampung terdekat menerima status geran persendirian setelah geran komunal diseragamkan secara persendirian tidak lama lagi tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan