Khamis, 9 Ogos 2018

Oleh. Jasly Anak Dolah
SELEPAS PAKATAN HARAPAN TAWAN KERAJAAN SABAH?
Berdasarkan senario politik masa kini dalam negeri ini ramai rakyat jelata hairan mengapa pemimpin PBS, UMNO, STAR, MCA, MIC, ANAK NEGERI, PCS, PERPADUAN, dan beberapa lagi parti tempatan khususnya yang berstatus pembangkang masa kini terus menyepi diri, rakyat jelata yang menolak PH dalam pilihan raya ke 14 lepas terus mempersoalkan adakah status politik pembangkang masa kini bermusim atau mereka telahpun membawa mandat rakyat bersama dalam PH demi kepentingan peribadi semata mata.
Semasa pemimpin parti pembangkang sebelum pru ke 14 mereka dikenal pasti sebagai kerajaan BN namun kini selepas menjadi parti pembangkang mereka terus menyepi diri, tidak vanyak mereka berkerjasama dengan akbar akbar tempatan mahupun peringkat nasional melainkan ada pelbagai majlis keramaian baru lah pemimpi berkenaan kelihatan bersalaman dengan media tempatan dan nasional ujar rakyat Sabah yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan