Ahad, 12 Ogos 2018

Oleh. Jasly Anak Dollah
PENGUNDI PARLIMEN TUARAN CADANG MENANG MENANG
Sabah. Bagi mencapai perpaduan dan ketelusan jiwa bersama rakyat satu permaufakatan disuarakan demi menghargai seluruh undi yang diterjemahkan rakyat bersama UPKO dalam BN dengan kemenangan terbesar perlu lah diterjemahkan satu perjumpaan perbincangan hari keluarga bermaafaan ketelanjuran menyertai perjuangan parti yang bukan diundi oleh rakyat, selain dari itu rakyat yang memberi kemenangan BN UPKI di Parlimen Tuaran masih kekal tidak berganjak memberi sokongan perjuangan dikalangan tokoh tokoh yang tinggal bersama PBS, UMNO seperti Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor Dun Sulaman, Datuk Jahid Jahem Dun Tamparuli dan Datuk Johniston Bongkuai Dun Kiulu walaupun mereka hari ini berada dalam status wakil rakyat parti pembangkang tanpa menggunakan simbol BN.
Demikian satu suara yang dikeluarkan oleh wakil pengundi Parlimen Tuaran yang mahu disebut Misintogu Tokou demi meleraikan kemelut situasi politik dikawasan tersebut yang ditinggalkan pemimpin mereka umpama gantung tidak bertali dalam PBS dan UMNO masa kini tanpa kewujudan BN lagi, tidak salah dilakukan menang menang perbincangan terbuka bersama seluruh rakyat pengundi di Parlimen Tuaran demi menjelaskan motif membentuk kerajaan bersama parti yang bukan diundi seluruh penduduk kawasan Parlimen Tuaran tegas beliau.
Satu harapan Pengundi Pengundi Parlimen Tuaran cadangan mereka diterima pakai dalam satu majlis rasmi mengubati kekeciwaan jiwa mereka ditinggal kepimpinan mereka semasa hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan