Selasa, 19 Ogos 2025

TRAGEDI TERUS TONTONAN DUNIA

Oleh. Danny Rew dan Rozaili Kirwan 

Telaviv. Rakyat Israel yang berarak tunjuk 
perasaan aman menentang pencerobohan tentera mereka ke Gaza dan sekitar sekadar ditonton warga seluruh dunia sehingga kehari ini, malah majoriti penunjuk perasaan di Israel meminta pencerobohan tentera arahan Benjamin Netanyahu dihentikan dan keluar dari bumi Palestin demi nyawa rakyat Israel dalam tahanan Pejuang Hamas.

      Rakyat penunjuk perasaan juga amat yakin jika Gaza dibebaskan pasti semua tahanan Pejuang Hamas pasti dibebaskan untuk pulang ke Israel, namun bagaimana rakyat Israel yang ditahan Pejuang Hamas bebas tentera Israel telah mengepung pelbagai penjuru Gaza namun yang terbunuh adalah orang awam Palestin jelas mereka.

      Tindakan rakyat Israel berarak puluhan ribu orang dibandar besar mereka menjadi kemarahan Benjamin Netanyahu namun tidak dihiraukan penduduk Israel sendiri, saban hari kumpulan penunjuk perasaan bertambah ramai sehingga ada yang membakar pelbagai objek sebagai protes bantahan terhadap pencerobohan keatas Gaza.

       Semua kejadian ini terus menjadi tontonan negara negara maju mahupun golongan negara negara membangun setiap hari sebagai satu kesedaran bagi penentangan rakyat sendiri dengan kezaliman pemerintah mereka, sebaliknya Benjamin Netanyahu dilaporkan langsung tidak mengarahkan tenteranya keluar dari menyerang bumi Gaza walaupun majoriti yang terbunuh dan terluka hanya lah rakyat awam Palestin tegas warga Israel.

      Sehingga berita ini ditulis tidak ada sebarang petanda tentera berundur dari bumi Gaza walaupun majoriti rakyat Palestin setempat mati atau sakit kebuluran tiap hari, kebanyakan bantuan makanan dan perubatan disekat oleh tentera Israel memasuki ke bumi Gaza demi membantu rakyat Israel diseluruh Gaza dan Rafah ungkap penduduk Gaza.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan