Isnin, 4 Ogos 2025

RAMAI AHLI PARTI SUKA MEMBISU

(Gambar Siaran Sekadar Hiasan)

Oleh. Gifkir Aming

Sabah.  Menjelang penggal Dun Sabah berakhir November ini, warga luar bandar mendedahkan bilangan ahli parti politik mendampingi rakyat jelata terlalu sedikit, malah ada parti politik yang berkobar kobar mahu bertanding setiap Dun namun pemimpin parti menyepi. 

       Mengapa kes seumpama berlaku dipelusuk negeri ini sehingga ramai rakyat merasa keciwa pemimpin parti politik menyepi?, muda sahaja jelas warga Sabah, banyak orang parti politik menunggu senarai nama calon dari parti mereka diumumkan baru bergerak berjumpa rakyat jelata. 

        Kebanyakan ahli ahli parti tidak akan berjumpa rakyat selagi tidak disahkan wakil parti mereka dipilih menjadi Calon pada PRN ke 17 ini, tidak hairan lah terlalu banyak parti politik didaftarkan dan memperolehi kelulusan bagi negeri Sabah sehingga ramai menawarkan diri menjadi calon PRN kelak.

         Selain dari itu ramai juga ahli ahli parti politik menjanjikan semua visi dan misi perjuangan mereka namun masih menyepi diri dengan golongan akbar penyiaran didalam dan luar negara, ada juga orang parti politik berani menyuarakan tidak perlu kepada akbar penyiaran cukup menggunakan watsap group dalam kumpulan ramai jelas mereka demi mengelak pelbagai persoalan Media Massa.

       Menurut warga Sabah yang kerap mendengar kata kata ahli parti politik yang kerap ditemui sekitar pekan dan majlis keramaian, terlalu banyak agenda yang mereka laungkan jika diberi peluang menjadi wakil rakyat bagi kawasan kawasan yang dipilih, sebaliknya orang kampung yang memohon bantuan 2 golong PVC Paip, beberapa keping zink beruti dan paku demi paip air dan bus stop orang kampung tak mampu dibantu tegas mereka.

        Ini lah kisah warga Sabah dedahkan terhadap terlalu ramai ahli parti politik yang menjanjikan keprihatinan mereka jika disokong rakyat jelata namun PVC Paip, zink beruti keperluan orang kampung sekalipun gagal menghulur bantuan melainkan menunggu menang menjadi wakil rakyat dahulu agar berjaya mendapat elaun Wakil Rakyat.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan