Rabu, 6 Ogos 2025

BANYAK JALAN RAYA TERBIAR

Oleh. Koijul Hairol  dan Basron Kirwan

Pemantauan jalan raya luar bandar seluruh negara perlu dipergandakan agar tidak ada yang terus terbiar tanpa diperbaiki atau dinaiktarafkan.

        Isu ini banyak disuarakan orang orang kampung terpencil dan terbiar jalan raya mereka tanpa pembaikan atau langkah menaiktarafkan, ada juga rumah rumah orang kampung dilaporkan tidak memiliki jalan raya terutama diluar bandar yang jauh terpencil. 

      Isu ketidak sempurnaan jalan raya luar bandar dilaporkan sangat membebankan warga penduduk bagi membawa hasil tani  mereka ke pekan berhampiran, tidak pasti adakah para pemimpin tempatan sentiasa melaporkan isu isu seumpama dengan kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat amnya setiap tahun.

      Ada juga warga yang tidak mahu ditemui bagi membincangkan isu pembangunan dikawasan mereka dipercayai bimbang dikesan pemimpin politik yang mereka ikuti, kes seumpama hanya berlaku dibeberapa kawasan tertentu menyebabkan terlalu banyak warga kampung masih berjalan kaki sampai masa kini untuk pulang kerumah mereka. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan