Gaza. Israel merangka mahu menguasai Gaza sebaik dilapor me
Ini diumukan oleh Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel langkah persediaan mereka mahu menawan Hamas dan rakan rakan seperjuangan diseluruh Gaza.
Apakah nasib rakyat Palestin jika Israel berjaya menawan Gaza sepenuhnya seluruh Gaza dan sekitar kawasan tersebut, mampukan Zionis Israel melumpuhkan Pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houti amnya atau sekadar Israel mahu menekan penduduk Gaza.
Dalam konteks ini, para pemimpin negara kuasa maju seluruh dunia wajar memerhati lebih terperinci langkah langkah yang diambil Israel bagi kawasan persembunyian para pejuang Hamas dan sekutunya dibumi Gaza jelas mereka.
Pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houti merupakan satu pasukan yang kerap bersatu tenaga bagi membalas semua serangan kumpulan zionis Israel diseluruh negara Islam khususnya Gaza, malah serangan keatas Lubnan, Syria, Iran para pejuang tersebut banyak memberi tekanan terhadap Israel setiap masa dimana golongan mangsa terbunuh adalah orang awam yang terbanyak jelas warga Gaza.
Ancaman Benjamin Netanyahu harus ditolak oleh para pemimpin negara kuasa kuasa besar bagi mengelak Gaza dan Rafah ditawan Israel jangkamasa panjang, jika tidak akhirnya setiap rakyat Palestin diGaza dan Rafah bakal pupus akibat rangka penaklukan Israel dalam jangkamasa panjang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat Iklan Niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan