Borneo. Sejauh manakah keber
Berdasarkan laporan awal PH mengintai 26 Kerusi Dun Sabah dalam PRN tahun ini manakala BN Sabah juga mempertahankan sekurang kurangnya 25 kerusi Dun yang hendak ditandingi.
Ini membuktikan hanya ada tinggal 22 keruai Dun Sabah sahaja yang tidak memiliki calon dari PH dan BN jika PRN berjalan November 2025, namun adakah GRS bersetuju dengan agihan kerusi tersebut hanya 22 sahaja dengan GRS ada 8 parti gabungan mereka.
Isu kerjasama BN, PH dan GRS terlalu sukar direalisasikan jika GRS terus menuntut kerusi melebihi dari idaman BN dan PH bagi Dun Sabah, selain dari itu rakyat pengundi dan penyokong BN serta PH tidak mungkin mahu pertaruhkan kawasan mereka kepada gabungan GRS pada PRN tahun ini.
Sejauh manakah kerjasama tanpa pertembungan antara BN, PH dan GRS pada PRN ke 17 tahun 2025, belum ada sebarang kenyataan rasmi semua parti dalam gabungan mereka, namun penyokong tegar BN dan PH tidak mungkin bakal memindahkan sokongan mereka hanya isu remeh temeh yang sering dilaungkan politik tempatan.
Hanya BN dan PH yang dilaporkan memeterai permaufakatan dalam PRN Sabah 2025 jika GRS terus meminta kerusi melebihi 25 kerusi yang ditandingi pada PRN Sabah tahun ini, namun masa masih panjang bagi mereka membincangkan pembahagiaan Kerusi Dun yang bakal ditandingi mereka kelak setiap masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan