Sabtu, 9 Ogos 2025

PERKASA KAWALAN SEKOLAH

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Isu pembuli sekolah berasrama penuh diseluruh negara wajar memperkasa penggunaan Petugas Keselamatan dari Bekas Tentera dan Bekas Polis rekod terbaik demi membasmi Pembuli di Sekolah.

          Semua kejadian Pembuli disekolah sewajarnya diperkasa kawalan dan keselamatan mahupun rondaan sekeliling sekolah, jika pembuli ramai kawalan sekolan meminta bantuan dari pihak Polis demi memberi amaran Pembuli Sekolah bukan berdiam diri sehingga kes besar.

       Pandangan sebilangan Veteran Bekas Tentera kepada Media Terkini Malaysia bagi mengulas kes Buli Sekolah sehingga mengakibatkan kematian menyanyat hati, seandainya kawalan ketat setiap Sekolah berasrama penuh dipergandakan sejak sekian lama tidak mungkin Pembuli Sekolah berleluasa jelas mereka penuh kesal. 

      Menurut mereka lagi, setiap Sekolah memiliki Pengawal Keselamatan serta kakitangan nya yang meronda mana mungkin tidak terkenal golongan Pembuli, dalam kes seumpama semua Sekolah Berasrama Penuh perlu mengguna Bekas Tentera dan Bekas Polis rekod terbaik menjadi Pengawal Keselamatan serta merta ungkap mereka.

        Kunci bagi menghentikan Pembuli Sekolah adalah berhadapan Bekas Tentera yang bengis tidak tersenyum baru mereka tahu bagaimana disiplin Tentera, apapun terserah kepada kementerian yang menjaga Sekolah sama ada mahu membasmi Pembuli atau sebaliknya demi nyawa pelajar Sekolah dalam jangka panjang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan