Ahad, 10 Ogos 2025

ISU JALUR GEMILANG TERBALIK BUKAN TONTONAN

Oleh. Basron Kirwan dan Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Isu pemasangan Jalur Gemilang TERBALIK didalam negara ini perlu perhatian semua lapisan masyarakat, walau 

berbeza kedudukan antara rakyat mahupun berstatus orang besar semua harus berkerjasama memerhatikan dan memperbetulkan nya.

      Ini disuarakan oleh kumpulan penulis veteran kepada Akbar Media Terkini Malaysia bagi mengulas pelbagai pendedahan pemasangan Jalur Gemilang TERBALIK umpama dipertandingkan, seharusnya setiap pemasangan Jalur Gemilang wajar diteliti terlebih dahulu sebelum dipasang pada Tiangnya agar tidak menjadi VIRAL disetiap laman sosial tegas mereka.

     Kata mereka lagi, tidak masuk akal sama sekali dipasang Jalur Gemilang TERBALIK pada Tiangnya baru dirakam Gambar serta diedar pada rakan rakan, apa tak lagi sekolah Agama kanak kanak yang memiliki tenaga pengajar tiap hari pasti terjaga dan dipantau situasi sekeliling.

        Untuk rekod, terdapat beberapa saluran pertanyaan Pemasangan Jalur Gemilang jika tidak tahu memasangnya disetiap daerah masing masing, antaranya Balai Polis berhampiran, Penghulu,  Ketua Kampung atau JKKK bagi perkampungan terpencil atau Pehabat Akbar yang berdaftar yang berhampiran jika benar benar tidak tahu.

       Kebanyakan alasan yang diberikan sebaik tersebar pemasangan Jalur Gemilang TERBALIK adalah tidak sengaja dan pekerja silap pasang, tidak mungkin warga negara Malaysia yang berusia 20 tahun keatas tidak tahu pemasangan Jalur Gemilang mereka melainkan golongan menggunakan pekerja asing bagi memasangnya.

      Ini kerap berlaku setiap tahun bulan Ogos bagi menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dimana tular berlaku di Pulau Pinang dan Selangor tahun ini, semua kejadian ini harus dihayati setiap rakyat Malaysia dimana juga berada disamping mengelak menggunakan pekerja asing bagi memasang Jalur Gemilang.

       Warga Malaysia yang tidak tahu memasang Jalur Gemilang harus belajar atau bertanya kepada mereka yang mengatahuinya terlebih dahulu, elak pemasangan Jalur Gemilang jika ragu ragu kedudukan nya memandangkan ianya akan menjadi kemarahan orang yang melihatnya jika terbalik pemasangan nya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan