Sabah. Ketidak tentuan penggabungan parti parti politik negeri ini menjelang pilihan raya negeri akan datang, bakal memberi keuntungan kepada beberapa parti yang bertanding solo seperti Warisan dan PKDM jika pemimpin mereka bijak mengguna peluang.
BN yang telah membentuk permaufakatan dengan PH bagi bertanding PRN Sabah memeranjatkan rakyat Sabah terkini, berikutan pengumuman Parti Gabungan Rakyat Sabah bakal berkerjasama dengan PH membuat rakyat negeri ini serba salah.
Menurut penduduk Sabah, jika BN, PH dan GRS berkerjasama adakah pembahagian kerusi BN 25, PH 26 dan selebihnya milik GRS boleh dipersetujui?, ini bakal menimbulkan keraguan penduduk Sabah dalam memastikan pilihan mereka bagi menempuh piluhan raya negeri Sabah pada penghujung tahun ini yang bukan muda dibahagi.
Tidak hairan lah sampai berita ini ditulis majoriti masih belum ada pengumuman jelas dari BN berhubung kerjasama mereka dengan BN, PH dan GRS kelak, PKDM dan WARISAN kekal bertanding solo menempuh PRN Sabah disamping pelbagai parti parti kecil yang sukar untuk dihubungi.
Dalam percaturan parti politik Sabah masa kini ramai warga tertanya tanya mengapa Gabungan Rakyat Sabah terus mahu berkerjasama dengan PH?, ianya bertentangan dengan beberapa pemimpin dalam gabungan mereka yang sering melaungkan penolakan parti parti yang berpusat dari Malaya jelas mereka.
Untuk rekod parti MCA, UMNO, MIC, PKR, AMANAH dan DAP adalah gabungan parti yang berpusat dari Malaya walaupun dinegeri Sabah ianya dipimpin oleh anak watan Sabah, hanya PBRS dalam kompenan BN dan UPKO dalam kompenan PH yang merupakan parti asli Sabahan terus berjuang bersama demi warga dan tanah air negeri Sabah tanpa berbeza pandangan pada parti Malaya.
Nota. Dilarang membuat ulasan dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan