Gaza.
Ini memberi tekanan kepada Israel yang hanya bergantung simpati kepada Amerika Syarikat segala tindakan yang mereka lakukan terhadap Gaza dan Rafah sejak 2023 lagi sampai masa kini gagal memburu Hamas dan AlQassam, Israel hanya memberi alasan mahu menawan semua pejuang Hamas dan AlQassam di Gaza serta Rafah namun para pemimpin dunia melihat yang terbunuh kanak kanak dan wanita tanpa perikemanusiaan serta memusnahkan rumah kediaman.
Kebanyakan para pemimpin negara negara maju mempersoalkan mengapa orang awam wanita dan kanak kanak kecil terus diburu dan dibunuh jika menghampiri, dimana kecanggihan pengesan musuh Israel yang serba moden hasil bantuan Amerika Syarikat kearah menawan musuh di Gaza mahupun Rafah setiap hari pemburuan dilakukan.
Bagi pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah mahupun Houti tidak muda menyerah diri bagi mereka mempertahankan kedaulatan tanah air mereka dari diceroboh Israel, tidak hairan lah zionis Israel masih gagal menawan pejuang Hamas dan AlQassam yang dilaporkan masih lagi menyimpan beberapa tawanan dari Israel tanpa dikesan kedudukan mereka.
Kini penduduk Israel dengan pemerintah dilaporkan tegang akibat sebilangan rakyatnya mendesak Benjamin Netanyahu menghentikan perang di Gaza dan Rafah, ini berikutan desakan Hamas jika Israel mengeluarkan seluruh tenteranya di Gaza dan Rafah mereka (Hamas) akan membebaskan satu persatu tawanan mereka warga Israel.
Kemelut Israel masa kini pelbagai menekan pemerintahan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel yang sangat tegang suara rakyat dijalanan, ramai juga tentera dilaporkan sudah berhenti dari pasukan akibat tekanan memburu Hamas namun orang awam yang terbunuh bergelimpangan lapor mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan