Selasa, 12 Ogos 2025

APA KESUDAHAN GAZA DAN ISRAEL?

Oleh. Helary Sukiono dan Huzera Ben

Palestin. Dalam situasi Israel mem

asuki pencerobohan ke Gaza apakah para pejuang Hamas, Pejuang AlQassam, Pejuang Hizbollah
dan Pejuang Houti terus membisu tanpa membantu?. 

      Satu persoalan
yang menjadi bahan perbualan para pemerhati krisis perang antara zionis Israel dengan Pejuang Hamas yang terus berkekalan sehingga masa kini, malah zionis Israel terus menceroboh kebumi Gaza masa kini menyebabkan ramai rakyat Palestin cedera dan terbunuh dengan serangan rawak zionis Israel dipusat agihan bantuan makanan. 

       Bagi rakyat Palestin di Gaza, masyarakat sama ada negara maju mahupun negara membangun tidak mengerti penderitaan mereka, rumah semuanya habis dimusnahkan zionis Israel nyawa juga terlalu banyak yang korban dibedil Israel, dan kini mereka berdepan kematian waktu berbaris mendapat bantuan makanan.

        Tidak dinafikan dalam derita rakyat Palestin di Gaza yang hari hari menanti maut ditangan Israel, ada juga warga seluruh dunia dilaporkan menyokong kezaliman Israel, golongan terlibat diakui beberapa cendikiawan warga Palestin yang berada dinegara negara maju sehingga penyokong Israel terlibat tidak kenal rakyat Palestin jelas mereka.

      Sehingga berita ini ditulis belum ada petanda Israel menghentikan pencerobohan dibumi Gaza malah setiap hari nyawa rakyat Palestin di Gaza puluhan orang terbunuh, mengambil barisan agihan makanan, air dan perubatan hasil sumbangan badan NGO dunia semua diserang tentera Israel dengan peluru hidup tanpa musuh pun bersama rakyat.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalan akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan