Rabu, 20 Ogos 2025

DERITA GAZA DIRATAPI SEMUA

Oleh. Huzera Ben, Helary Sukiono dan Danny Rew 

Palestine. Hidup penderitaan rakyat Palestine di Gaza masa kini terus menjadi ton
tonan seluruh dunia namun belum ada sebarang petunjuk Israel mahu menghentikan 
pencerobohan dikawasan tersebut. 
        Selain dari cubaan para pejuang Hamas dan AlQassam me
nantang zionis Israel rakyat jelata Israel sendiri turut tunjuk perasaan dibandar bandar Israel, bagi mende
sak pencerobohan Gaza dihentikan serta merta demi keluarga mereka yang masih dalam tawanan Pejuang Hamas dan sekutunya dibumi Gaza. 
            Anehnya segala tekanan rakyat Israel mahupun para pemimpin negara negara maju keatas tindakan pencerobohan Gaza Benjamin Netanyahu tidak sedikitpun mengubah pendirian nya, hasrat Benjamin Netanyahu dan bala tenteranya adalah mahu menawan dan merampas segala persenjataan para pejuang di Gaza supaya tidak ada penghalang segala rancangan mereka didalam jangkamasa panjang. 
        Israel adalah satu negara yang bijak berfikir segala perancangan mereka  lima hingga dua puluh tahun akan datang menerusi kekuatan daya risikan negara mereka, tidak hairan lah mana mana negara yang boleh menghalang dengan jelas segala perancangan jangkamasa panjang mereka pasti akan ditentang habis habisan walau apa cara sekalipun jelas pemerhati Gaza.
          Zionis Israel bukan sahaja memiliki pakar risikan negara mereka sendiri malah mendapat bantuan penuh dari pemerintah Amerika Syarikat sampai pencerobohan Gaza sekadar ditonton dunia, sebaliknya jika negara negara Islam serantau ada daya kesatuan dan permaufakatan bagi mempertahankan bumi Gaza tidak mungkin tentera Israel semuda itu menceroboh Gaza sampai hari ini.
        Segala tekad Israel menceroboh Gaza memiliki misi jangkamasa panjang dikawasan tersebut, bukan sahaja membunuh rakyat awam Palestin malah kini sanggup mengusir mereka untuk meninggalkan Gaza tanpa halatuju.
         Apapun segala penderitaan rakyat Palestin di Gaza masa kini terus ditonton negara negara maju mahupun golongan negara membangun, sehingga masa kini belum ada yang mampu mengusir tentera Israel di Gaza sehingga segala bantuan makanan dan perubatan dari luar negara gagal menembusi ke Gaza secara terus.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan