Rabu, 13 Ogos 2025

PENGARUH MASUK SYURGA RAMAI MENYERTAI?

Oleh. Helary Sukiono dan Rojaili Kirwan 

Jawa Barat. Kekuatan pengaruh masuk Syurga oleh ind
ividu yang dilaporkan berpindah randah menyebabkan ramai terpengaruh menyertai ajaran 
nya. 

     Bayangkan lah sesiapa yang bermasaalah dalam kehidupan dan ingin masuk Syurga ia hanya menyediakan wang RP 1 Juta disahkan memasuki Syurga tanpa halangan, menyebabkan ramai orang sekeliling  rasa tidak berpuas hati dan melaporkan kepada pihak berkuasa sebaik saban hari lokasi berkenaan sentiasa dipenuhi orang. 

      Selain dari masuk Syurga banyak amalan lain turut disebarkan oleh pemilik rumah berkenaan yang digelar Py Alias Umi Cinta sehingga menjadi tumpuan orang ramai, kebebasan para warga yang memasuki permis berkenaan adalah bercampur aduk lelaki dan wanita dalam rumah yang bertutup lengkap tanpa ada yang melihatnya. 

     Bayangkan lah percampuran lelaki dan wanita dalam rumah yang sentiasa bertutup pelbagai sangsi boleh berlaku tanpa orang luar ketahui, tidak hairan lah pihak berkuasa Agama Islam Jawa Barat telah memerintahkan ajaran tersebut dibubarkan  dan penganjurnya dilaporkan masih dalam siasatan.

       Sehubungan dengan kejadian seumpama seluruh warga Asia harus berwaspada agar tidak muda terpedaya dengan segala pengaruh menarik  demi mengelak terjebak dalam ajaran sesat, setiap ajaran agama harus lah dirujuk kepada pegawai yang ditauliahkan oleh Jabatan Keagamaan pada setiap negara yang menyediakan pembelajaran agama setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan