Jumaat, 8 Ogos 2025

GAZA DITAWAN TENTERA ISRAEL?

Oleh. Huzera Ben dan Helary Sukiono 

Palestin. Apakah nasib rakyat Palestin di Gaza 

sebaik sahaja tentera Israel mengepung Gaza seperti direncana Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel, mampukah tentera Israel memburu seluruh pejuang Hamas, AlQassam yang terus dibantu Hizbollah dan Houti sehingga kehari ini atau sekadar Israel mahu mengusir rakyat di Gaza.

       Ini persoalan rakyat Palestin diseluruh Gaza dan Rafah tanpa PBB dapat menghalang semua tindak tanduk Israel mengepung Gaza yang diluluskan Israel hari ini, jika tentera Israel sudah mengepung Gaza kemana kah setiap rakyat Palestin berpindah dari peperangan Israel dan para pejuang Hamas dan AlQassam disetiap penjuru Gaza. 

       Malah rakyat Palestin bimbang jika semua warga awam Palestin di Gaza dan Rafah dijadikan Zionis Israel selaku kumpulan Pejuang Hamas dan AlQassam sebagai sasaran bedilan dan tembakan harian mereka, para pemimpin negara negara maju perlu melihat rancangan tersembunyi  Israel bagi menduduki Gaza sepenuhnya memandangkan sehingga masa kini Israel tidak mampu memberkas semua pejuang Hamas dan AlQassam ujar warga Palestin.

        Apapun alasan Israel mengepung Gaza dilaporkan  hanya sekadar alasan menutup kejahatan mereka membunuh kanak kanak dan wanita dipelusuk Gaza dan Rafah, semua kejahatan zionis Israel diakui seluruh rakyat Palestin di Gaza dan Rafah tanpa mampu menawan pejuang Hamas dan AlQassam yang sebenar jelas warga Palestin. 

       Rakyat Palestin di Gaza mengharapkan PBB dapat menghalang sepenuhnya kepungan Israel diseluruh Gaza demi nyawa warga Palestin setempat terutama kanak kanak dan wanita setempat, apapun alasan Zionis Israel hendak memburu pejuang Hamas dan AlQassam tidak akan berjaya memandangkan semua helah mereka hanya  menyerang kanak kanak dan wanita Palestin sahaja. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan