Ahad, 3 Ogos 2025

APA HALATUJU MIC DALAM BN?

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Parti MIC yang teguh dalam BN sejak sekian lama

kini menjadi teka teki halatuju mereka sejak kebelakangan ini.

     Memiliki hanya satu kerusi Parl

imen dalam kerajaan Madani tanpa mendapat sebarang pegangan jawatan dalam kerajaan bagai memilih halatuju perjuangan dimasa akan datang. 

      Barisan Nasional masa kini memiliki gabungan dari PBRS, UMNO, MCA dan MIC  namun dua tunggak BN dari MCA dan MIC tidak mendapat sebarang jawatan didalam kerajaan Madani masa kini, kemelut tersebut menjadi tanda tanya setiap ahli parti MCA dan MIC mengapa tidak ada ruang jawatan dalam kerajaan kedua dua parti tersebut sampai hari ini.

         Hanya UMNO dan PBRS sahaja yang diberi jawatan dalam kerajaan Madani masa kini walaupun mereka semua dalam kompenan BN, PBRS juga dilaporkan hanya memiliki satu kerusi parlimen di Pensiangan Sabah namun dilantik Timbalan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan dalam kerajaan masa kini. 

        Ini menjadikan MIC dalam delema sama ada kekal bersama didalam BN atau mencari halatuju perjuangan mereka sendiri pada masa akan datang, sungguhpun demikian sehingga berita ini ditulis kepimpinan tertinggi MIC masih lagi bersama sama didalam perjuangan parti kompenen BN sebagai memperkukuhkan kerajaan Madani masa kini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan