Sabtu, 2 Ogos 2025

SITUASI MENJELANG PRN SABAH

Oleh. Gifkir Aming dan Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Ramai orang parti politik berlumba lumba berjumpa warga berdaftar pengundi meminta sokongan menang bagi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah selepas pilihan raya negeri. 

       Kebanyakan golongan terlibat bergerak senyap menemui warga kampung yang berdaftar sebagai pengundi, impian mereka mahu disokong rakyat agar menang dalam pilihan raya negeri  demi mencapai kedudukan sebagai Wakil Rakyat.

        Beberapa orang kampung yang mendedahkan trend orang politik ini hairan minta disokong dalam pilihan raya negeri namun tidak pula tampil membantu orang miskin, ada juga orang parti politik yang berhasrat mahu menjadi wakil rakyat dalam PRN ke 17 kata orang kampung namun segala usul penduduk minta bantu diketepikan juga oleh mereka.

     Menurut sebilangan penduduk asli Sabah, parti politik negeri ini terlalu banyak menyebabkan banyak juga melobi mengimpikan menjadi Wakil Rakyat dalam Dun masing masing, tidak hairan lah terlalu banyak ragam sebilangan ahli parti politik bila mendepani sebilangan orang kampung sebagai kempen mereka meraih sokongan pada PRN akan datang. 

      Apapun ragam sebilangan ahli parti politik yang mengimpikan menjadi calon pada pilihan negari akan datang perlu jujur bagi membantu orang kampung yang mengharap bantuan, sikap ego sombong dan berpura pura membelakangkan sebilangan rakyat yang menemui mereka pasti akan dihebahkan oleh golongan mangsa bagi menolak mereka sebagai langkah menuju ke Dewan Undangan Negeri kelak.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan