Khamis, 7 Ogos 2025

HAMAS ISRAEL APA PENYUDAHNYA?

Oleh. Huzera Ben dan Danny Rew

Gaza. Perbezaan pendapat antara Ketua Tentera Israel dengan Ben
jamin Netanyahu Perdana Menteri Israel memberi satu ruang besar kepada pemimpin Hamas, bagi menyusun jentera perjuangan mereka dibumi Gaxa dan Rafah demi seluruh penduduk Palestin setempat.

        Ketua Tentera Israel membayangkan mahu menghentikan penguasaan Gaza dan Rafah secara berperingkat jika Hamas dan sekutunya membebaskan tahanan warga Israel dalam tangan mereka, sebaliknya Benjamin Netanyahu melenting dengan rancangan ketua Tenteranya dan menegaskan jangan  mengugut meletak jawatan menerusi Media Dunia jika berbeda pendapat katanya.

         Ketua Tentera Israel mendakwa jika berterusan menawan bumi Gaza ia mampu memerangkap zionis Israel dengan lebih ganas lagi dipihak pejuang Hamas serta seluruh sekutunya pada jangka panjang, sebaliknya Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel menempelak dan menolak pendapat Ketua Tentera Israel walaupun pengalaman tentera lebih luas berbanding Perdana Menteri Israel sendiri.

         Isu perang Israel Hamas di Gaza dan Rafah tidak semudah yang diduga menghentikan nya berikutan Israel membabitkan serangan orang ramai wanita dan kanak kanak, tidak hairan lah sampai masa kini  zionis Israel terus membunuh siapa sahaja sasaran dron mereka tanpa kelibat Pejuang Hamas dan sekutunya yang sebenar ungkap warga Palestin.

       Pemimpin Hamas mendedahkan tidak sesekali tunduk dengan pendudukan kekal Israel dibumi Gaza dan meminta pemimpin dunia  mengambil tindakan tegas keatas Israel, Gaza dan Rafah adalah negara Palestin yang tidak mungkin diserah kepada Israel hanya akibat peperangan dan ianya wajar diambil tindakan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) jelas warga Gaza.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan