Isnin, 4 Ogos 2025

SEJAUH MANAKAH KERJASAMA PARTI SABAH KELAK?

Oleh. Basron Kirwan dan Williem Anak Lagau

Borneo. Hasrat GRS, PH dan BN 

mahu berkerjasama dalam pilihan raya negeri akan datang masih samar dimata orang Sabah, rundingan terlibat mungkin sukar berikutan pemimpin GRS masih tidak serasi dengan UMNO BN walaupun pun GRS mahu bersama PH yang telah sepakat dengan BN masa kini sebagai kerajaan Malaysia.

         Umno BN Sabah dilaporkan sebilangan orang asli Sabah masih memiliki penyokong tersendiri terutama dibandar, pekan mahupun golongan orang kampung yang tidak pernah berpindah parti, malah penduduk Sabah masih yakin Pan Borneo adalah salah satu projek mega UMNO BN dari Sarawak sampai ke Sabah tegas mereka. 

         Seandainya GRS meneruskan kerjasama dengan PH tanpa UMNO BN mampukah direalisasikan oleh PH bila gabungan mereka UMNO BN ditolak oleh GRS?, persoalan tersebut juga menjadi persoalan pengundi rakyat jelata Sabah dimana PH dan UMNO BN Sabah juga dipimpin oleh penduduk Sabah sendiri tanpa ada seorang pun pemimpin bahagian dari Malaya ungkap mereka.

          Untuk rekod kata penduduk asli Sabah, UMNO BN Sabah telah diberi kuasa Outonomi oleh UMNO BN pusat dan masih berkekalan hingga masa kini membuktikan penyokong parti tersebut masih ada, hasil permaufakatan UMNO BN dengan PH dalam kerajaan Madani disamping kepimpinan kerajaan Sarawak maka kini kerajaan Madani terus memerintah kerajaan Malaysia penuh keutuhan dimata rakyat.

          Dalam konteks ini terserah kepada kepimpinan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mahu meneruskan kerjasama PH UMNO BN, penduduk Sabah yang berdaftar sebagai pengundi tidak ada masaalah dengan BN dan PH melainkan golongan yang berjawatan didalam GRS sahaja tegas mereka. 

        Kru Media Terkini yang menjelajah dikampung kampung mendapat maklumat rakyat berbahagi sokongan, ada bersama PH, ada Bersama BN dan ada bersama GRS, tidak kurang juga yang kekal bersama PKDM dan WARISAN dimana kumpulan kecil berpuak puak menyertai parti parti kecil Sabahan jelas mereka. 

      Apapun semua keputusan terserah kepada kepimpinan tertinggi GRS, BN dan PH bagi mendepani pilihan raya negeri dengan, parti parti seperti PKDM, WARISAN dan PERIKATAN NASIONAL  termasuklah dikalangan parti parti kecil Sabahan dan Malaya amnya yang berhasrat mahu bertanding pada PRN ke 17 kelak.

       Ada rakyat Sabah yang bukan ahli mana mana parti membayangkan, jika GRS, PH dan BN memeterai pengagihan kerusi seperti PH 24 BN 23 manakala GRS 26 diyakini kekuatan mereka akan padu asalkan benar benar bermaufakat secara jujur dan taat setia dalam kerjasama.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan