Tebing Barat. Puak puak kumpulan perampok bantuan makanan yang disalur ke Gaza demi rakyat Palestin yang kebuluran kian bertambah setiap kali truk pengangkur memasuki bumi Gaza tanpa terkawal.
Kumpulan terlibat sangat berani dan tidak menghiraukan badan badan NGO serta Palang Merah yang mengiringi bantuan berkenaan, tidak hairan lah jika setiap bantuan badan NGO dari luar negara hanya separuh sahaja yang dilapor sampai kepada tangan penerima warga Palestin.
Anehnya zionis Israel dilaporkan tidak menghalang atau menahan kumpulan perampok bantuan makanan dalam kuantiti yang banyak diambil mereka hampir setiap hari, walhal warga kanak kanak yang kebuluran dan wanita Palestin yang berkonvoi berbaris menuju kepusat pengagihan bantuan makanan kerap ditembak peluru hidup ujar mereka.
Ramai mendakwa perampok makanan bantuan luar negara adalah golongan penyokong Israel sehingga mereka dibiarkan bergerak sendirian dalam kumpulan ramai, namun sehingga berita ini ditulis belum ada sebarang penafian pihak zionis Israel walaupun rakyat Palestin yang kebulur menyifatkan perampok bekalan makanan terlibat penyokong Israel.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan