Khamis, 7 Ogos 2025

PENCEROBOHAN TANAH BAGAI TIADA PENGHUJUNG?

Oleh. Gifkir Aming dan Basron Kirwan

    Isu pencerobohan tanah kerajaan dan tanah persen

dirian yang bergeran didalam negara ini menjadi bahan berita sensasi bagai tidak berpenghujung. 

     Selain dari penanaman kebun buah buahan ditanah kerajaan ada juga menceroboh tanah geran milik orang lain tanpa merujuk pemimpin kampung yang dilantik kerajaan dikawasan berhampiran, tidak hairan lah saban hari ada sahaja isu kumpulan penceroboh tanah geran milik orang lain diusir oleh pihak berkuasa tempatan penuh notis namun sebilangan nya terus diviralkan pihak penceroboh.

         Ini disuarakan oleh warga pemerhati segala isu pencerobohan tanah kerajaan dan tanah geran golongan tertentu disebabkan golongan penceroboh tidak merujuk pada pihak kerajaan, sebaliknya pihak pemimpin kerajaan tempatan disetiap kejadian pencerobohan perlu turun padang membantu meringankan bebanan golongan penceroboh yang diusir pihak berkuasa lengkap dengan notis yang disampaikan. 

      Ini  lah kejadian kejadian yang menjadi berita sensasi diseluruh negara termasuklah Sabah namun masih bagai tidak berpenghujung, tanpa diselidiki sebelum melakukan usaha pada tanah yang  diceroboh golongan golongan tertentu atau merujuk pihak berkuasa sepanjang masa. 

 Ada juga pemerhati pencerobohan tanah mendedahkan pemimpin kerajaan diperingkat bawahan harus lebih aktif melakukan pemantauan dan menerangkan segala isu yang berlaku,  jika wujud pemantauan dan laporan kepada pemerintah setiap negeri tidak mungkin kejadian kejadian pencerobohan tanah terus berlaku tanpa penghujung sampai masa kini diseluruh negara.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan