Oleh. Jusupi Anak Kurdi
Sabah. Peminta sedekah cukup menemui 20 orang pengasih dengan dapatan RM10.00 seorang dengan jumlah harian terkumpul RM200.00 belum masuk yang diperolehi dibawah RM1.00 hingga RM4.00 seorang.
Ini lah kehidupan peminta sedekah jalanan dalam negeri ini yang terlalu berani masuk semua permis kedai makan minum serta kedai runcit setiap hari bermula jam 7.00 pagi hingga jam 5.30 petang lapor orang ramai.
Kemelut peminta sedekah orang tidak dikenali menimbulkan pelbagai persoalan warga asli negeri ini bagaimana ianya berlaku orang orang tidak dikenali bebas meminta sedekah, malah bahasa Melayu juga sukar memahami serta hanya mempamerkan isyarat tangan sebaik memulakan kerja meminta sedekah ujar orang ramai.
Sehubungan dengan kemelut peminta sedekah tiada penghujung sampai masa kini adalah perlu kerajaan turun padang memantau kegiatan tersebut demi nama baik negeri Sabah jelas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan